Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bayi Kembar Berjaya DIpisahkan Selepas 9 Jam Pembedahan

No Comment


Riyadh: Sepasang kembar siam dilaporkan stabil selepas berjaya dipisahkan dan dijangka sembuh sepenuhnya selepas menjalani pembedahan selama sembilan jam .

Pembedahan rumit itu diketuai bekas Menteri Kesihatan Arab Saudi, Dr. Abdullah Al-Rabeeah.
Pasangan kembar itu, Abdullah dan Abdulrahman yang berkongsi organ, termasuk usus, diterbangkan dari Yaman untuk menjalani pembedahan bagi memisahkan mereka di hospital King Abdulaziz Medical City, Riyadh.

Seorang jurucakap hospital berkata, pasukan perubatan daripada pelbagai disiplin mengambil masa sembilan jam untuk melaksanakan sembilan peringkat pembedahan bagi memisahkan kedua-dua kanak-kanak itu, kelmarin.

Menurutnya, peringkat pertama pembedahan membabitkan pemisahan usus dan sistem pembuangan air kencing sebelum beralih kepada tulang pelvis.


Selepas dipisahkan, pasukan pembedahan dibahagi kepada dua untuk menguruskan Abdullah dan Abdulrahman.

Pakar perubatan sebelum ini memberi pasangan kembar itu 60 hingga 70 peratus peluang untuk hidup.

Bagaimanapun, keadaan kedua-duanya semakin pulih dengan kedua-duanya kini ditempatkan di unit rawatan rapi kanak-kanak.

Ia pembedahan ke-35 di Arab Saudi membabitkan kembar siam dari lebih 18 negara, termasuk Malaysia, Sudan, Filipina, Maghribi dan Iraq.

Arab Saudi mempunyai pasukan pakar untuk memisahkan kembar siam dengan 30 kejayaan dalam masa 20 tahun. - Agensi
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli