Bayi Mati Kebuluran Selepas Ibunya Maut Kerana Ambil Dadah
PITTSBURGH: Kerana terlalu lapar dan kebuluran kerana dua minggu tidak makan seorang bayi berusia sembilan bulan akhirnya telah meninggal dunia.
Dia yang berada di dalam sebuah pangsapuri bersama ibunya telah terbiar selepas ibunya dikatakan telah meninggal lebih awal dua minggu kerana mengambil dadah.
Mayat bayi berkenaan, Casey Kessler ditemui di ruang depan rumah manakala mayat ibunya, Sara Kessler, 22, ditemui di atas katil.
Kematian mereka hanya disedari selepas abang kepada ibu Casey datang melawat mereka selepas dikatakan sudah lama tidak mendapat sebarang perkhabaran dari adiknya itu.
Berdasarkan kenyataan doktor yang menjalankan bedah siasat terhadap mereka, bayi itu hanya mampu bertahan selama seminggu tanpa air.
Menurut jiran mereka, Gonzalez, beliau terdengar suara Casey menangis dan berasa amat terkilan kerana tidak menyangka bayi itu meninggal dunia keseorangan dalam keadaan kelaparan.
“Saya amat sedih apabila memikirkan bayi itu merayau ke seluruh rumah untuk mencari makanan dan berada dalam keseorangan bersama dengan mayat ibunya.
“Bayi itu cuba untuk hidup namun tiada makanan atau minuman di dalam rumah terbabit,’’ katanya.
Polis turut menemui dadah dan jarum suntikan di dalam rumah berkenaan dipercayai milik Sara dan hasil bedah siasat disahkan Sara mati kerana mengambil terlalu banyak dadah. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini