Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Belum Sampai Masa Untuk Hukum Mati

No Comment


Jakarta: Hukuman mati terhadap pesalah warga asing mungkin dilaksanakan sekurang-kurangnya 16 hari lagi selepas Pejabat Peguam Negara semalam memberitahu semua pesalah akan dihukum bersama.

Hampir semua 10 warga asing yang didapati bersalah mengedar dadah telah dipindahkan ke penjara di pulau Nusakambangan bagi menjalani hukuman mati oleh skuad penembak.

Mereka termasuklah warga Australia, Perancis, Brazil, Filipina, Ghana dan Nigeria.

Semalam, rayuan dua pesalah warga Australia terhadap penolakan permohonan pengampunan oleh presiden ditangguhkan mahkamah sehingga 19 Mac ini.

Keputusan rayuan yang sama oleh seorang pesalah warga Perancis di mahkamah berlainan kelmarin pula ditangguhkan sehingga 25 Mac ini.

“Pejabat Peguam Negara masih kekal dengan rancangan untuk menjalankan hukuman terhadap semua pesalah secara serentak,” kata jurucakap Peguam Negara, Tony Spontana.

Tambahnya, hukuman itu tidak akan dijalankan sehingga semua proses selesai.

Sekiranya rayuan pesalah berkenaan ditolak, kerajaan masih perlu memberi notis 72 jam sebelum hukuman boleh dijalankan.

Media turut melaporkan, seorang pesalah warga Filipina turut membuat rayuan di Mahkamah Agung dan keputusan dijangka diperoleh seawal minggu ini.

Keluarga pesalah warga Brazil, Rodrigo Gularte merayu supaya lelaki itu diampunkan dengan alasan mengalami penyakit mental.

Peguam negara memberitahu wartawan di sini pada minggu lalu bahawa semua pesalah diperiksa oleh pegawai perubatan profesional.

Pegawai di Pejabat Peguam Negara kini masih menunggu keputusan pemeriksaan berkenaan. - Agensi
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli