Kereta kebal perpustakaan
Buenos Aires: Raul Lemesoff begitu taasub mengenai kuasa ilmu pengetahuan sehingga dia sanggup melancarkan peperangan menangani kejahilan terhadap ilmu.
Warga Argentina itu baru-baru ini mengubah suai kereta Ford Falcon buatan 1979 menjadi kereta kebal perpustakaan bergerak dan menamakannya ‘Weapon of Mass Instruction.’
Dia yang digelar artis dan saintis gila, memuatkan lebih 900 buku, termasuk novel, cerita pendek dan esei saintifik dalam kenderaan itu dan mengagihkan buku itu kepada sesiapa yang menghendakinya.
“Saya lakukannya bukan kerana wang. Juga bukan kerana hendak terkenal. Saya melakukannya semata-mata kerana saya suka melakukannya,” kata Lemesoff. - Agensi
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini