Emma Maembong Akui Masih ‘Stalk’ Instagram Zizan
KUALA LUMPUR: Pelakon, Emma Maembong mengakui masih memberikan sokongan kepada kerjaya bekas kekasihnya, Zizan Razak serta tidak menolak seandainya ditakdirkan untuk mereka kembali bersama.
Emma enggan mengulas lanjut mengenai sebarang perancangan kembali bersama dan memilih untuk menyerahkan kepada jodoh serta tidak memanjangkan episod perpisahan mereka.
"Kami sudah berkawan selama dua tahun dan kami saling mengenali keluarga masing-masing serta berbincang untuk ke peringkat seterusnya. Nak ke kita putuskan begitu saja?
"Saya tidak pernah memberi kenyataan sama ada hendak kembali atau tidak dengan dia (Zizan). Semua ini bergantung pada soal jodoh namun buat masa ini saya tidak menaruh sebarang harapan padanya," kata Emma ketika ditemui baru-baru ini.
Emma berkata buat masa ini mereka belum mempunyai sebarang perbincangan untuk kembali bersama dan ingin fokus dengan kerjaya masing-masing.
Menurut Emma, mereka berdua masih lagi berkawan baik serta masih menjadi pendengar setia disaat mereka memerlukan satu sama lain.
"Orang luar membuat andaian bahawa saya berada disamping Zizan ketika dia senang saja adalah tidak benar sama sekali. Saya ada untuk menyokongnya ketika Maharaja Lawak Mega, Akademi Fantasia, kes mahkamah serta banyak lagi.
"Saya sentiasa ada untuk dia. Saya tidak pernah cakap saya benci dia dan kami tidak bermusuh. Walau sekarang pun dia panggil saya untuk bercerita masalah, saya ada untuk dia.
Siapalah saya untuk menghukumnya namun buat buat sementara waktu biarkan dulu. Jika betul ada jodoh antara kami maka kahwin terus dan tidak perlu bercinta," kata Emma lagi.
Emma yang ditemui pada majlis promosi drama terbaharu lakonannya Isteri Separuh Masa di The Strand, Damansara malam tadi turut bercerita, dia kini menjalani hidup seperti biasa dan hanya ingin menumpukan perhatian terhadap kerjaya.
Ditanya sama ada masih menyimpan perasaan cinta terhadap Zizan, Emma sempat berkias seolah-olah jauh di sudut hatinya dia masih menyimpan perasaan.
“Kami dah bersama dua tahun… dah kenal keluarga masing-masing dan sudah plan ke peringkat seterusnya. Nak ke putus macam tu?
“Tipulah kalau saya tak ‘skodeng’ Instagram dia.. ada jodoh adalah…” bicara Emma sebelum mengakhiri temu bual.
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini