Fenomena Ekuinoks Dijangka Berlaku Pada Tengah Hari Ini
KUALA LUMPUR: Bermula tengahari ini seluruh dunia dijangka akan mengalami fenomena Ekuinoks iaitu matahari melintasi garisan Khatulistiwa.
Perkara ini disahkan oleh Pegawai Sains Agensi Angkasa Negara, Mohd Zamri Shah Mansor, fenomena itu berlaku apabila matahari melintasi garisan Khatulistiwa untuk mengubah kedudukannya dari hemisfera Selatan Bumi ke hemisfera Utara setelah enam bulan berada di hemisfera Selatan.
BACA: Malaysia Dijangka Berdepan Cuaca Panas Luar Biasa Kerana Fenomena Ekuinoks Minggu Hadapan
"Ketika ia berlaku, mereka yang berada di atas atau berdekatan dengan garisan Khatulistiwa terutamanya di kawasan Pontianak, Indonesia akan mendapati matahari berada tegak di atas kepala pada waktu tengah hari, bergantung kepada waktu tempatan masing-masing.
"Ketika matahari tegak di langit, orang ramai tidak dapat melihat bayang-bayang mereka seperti kebiasaan," katanya.
Semasa fenomena ini berlaku, masa waktu siang dan malam akan menjadi sama iaitu 12 jam siang dan 12 jam malam.
Fenomena ini berlaku 2 kali setahun iaitu setiap bulan Mac dan September, yang mana pada saat tersebut, matahari berada tepat di atas garisan khatulistiwa dengan kata lain tegak di atas kepala.
Pertanyaan lanjut boleh dibuat dengan menghubungi Planetarium Negara di talian 0322734301/4303/5484 atau layari laman web www.angkasa.gov.my ataupun laman sosial Facebook 'Agensi Angkasa Negara'. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini