Fizo Omar Ikrar Derma Organ Lepas Meninggal Dunia
Tahniah dari admin ucukapkan kepada Fizo Omar atau nama penuhnya Wan Hafizol Wan Omar kerana telah membuat ikrar untuk menjadi penderma organ apabila meninggal dunia nanti.
Perkara ini di sahkan oleh Kementerian Kesihatan melalui satu kenyataan memberitahu dan perkara ini turut dikongsikan oleh Fizo Omar melalui laman Facebook rasminya semalam dengan memaklumkan perkara itu telah dimaklumkan kepada isteri dan ibunya.
“Ikrar Fizo Omar ini memberi harapan kepada lebih 19,000 pesakit yang memerlukan,” kata kenyataan itu hari ini.
Kementerian Kesihatan menerangakan bahawa hanya keluarga terdekat sahaja yang boleh memberi kebenaran untuk menderma organ mana-mana individu yang berhasrat menderma organ selepas meninggal dunia.
Justeru, seseorang yang telah berikrar dinasihatkan untuk memberitahu ahli keluarga terdekat mengenai hasratnya kerana perkara itu terkandung dalam Akta Tisu Manusia 1974.
Kementerian Kesihatan turut menjelaskan fatwa kebangsaan pada tahun 1970 telah mengharuskan pendermaan organ.
“Maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai derma organ boleh didapati di www.dermaorgan.gov.my atauwww.facebook.com/dermaorgan,” kata kenyataan itu. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini