Hari ini permandangan langit di Malaysia telah di sajikan dengan satu permandangan yang indah dan cantik apabila dilihat lingkaran cincin pelangi mengelilingi matahati.
Lingkaran cincin pelangi mengelililngi matahari ini dipanggil fenomena Halo yang bukan kali pertama berlaku di Malaysia kerana telah ebrjaya dirakam sebelum ini terjadi di merata tempat di seluruh negara.
berjaya diraka di Klang
Berlaku di Uitm Puncak Alam
Berlaku di Baling, kedah
Sibu island resort mersing 2014
Lingkaran cahaya ini bukan sahaja mengelilingi Matahari tetapi turut terjadi kepada bulan Bulan. Ia adalah sejenis fenomena optik. Ia adalah fenomena yang lebih kerap terjadi daripada kejadian pelangi. Di bahagian Eropah dan sebahagian daripada AS sering berlaku dan boleh dilihat dalam lingkungan dua kali seminggu.
Pada dasarnya tidak ada kaitan dengan aktiviti seismik atau gempa tetapi fenomena tersebut terjadi akibat refleksi dan refraksi cahaya matahari/bulan oleh kristal-kristal ais yang terdapat di awan cirrus, awan yang terletak di tingkatan atmosfera yang disebut troposfer, sekitar 5-10 km dari permukaan bumi.
Halo adalah fenomena optikal berupa lingkaran cahaya di sekitar sumber cahaya Matahari atau Bulan. Fenomena Halo adalah lingkaran seperti pelangi yang mengelilingi matahari. Halo adalah fenomena yang lebih sering terjadi di langit.
Pada umumnya Halo melibatkan putaran radius 22° Halo dan sundogs (Parhelia). Dalam gambar diatas, menunjukan matahari di kelilingi oleh 22° Halo dan dilambungi (sisi) oleh sundogs. Parhelic circle adalah biasan cahaya kristal yang melepasi sundogs dan mengelilinginya.
Kadangkala ia melapisi keseluruhan ruang langit dalam latitut yang sama dengan matahari. Pembinaan tangen ketinggian dan rendah (Upper Tangent arc and Lower Tangent arc) menyentuh secara terus dengan 22° Halo sama ada di atas atau dibawah matahari. Pembuatan Lengkungan (Circumzenithal arc) akan terjadi di atas kristal tersebut. - Siakapkeli.com.my