British American Tabacco Malaysia Nafi Kenaikan Harga Rokok 1 April
KUALA LUMPUR: Pembekal rokok, British American Tabacco Malaysia semalam telah menafikan tentang kenaikan harga semua rokok jenama keluaran mereka yang tersebar di media sosial sebelum ini.
Menurut British American Tabacco dalam satu kenyataan, pernyebaran senarai harga baru tersebut adalah palsu dan tidak benar sama sekali.
"Harga tersebut adalah palsu dan kami telah membuat laporan polis mengenai perkara ini dan meminta orang ramai supaya tidak lagi menyebarkan senarai palsu tersebut," katanya.
Berdasarkan senarai tersebut harga sekotak rokok Dunhill 20 batang akan dijual pada ahrga RM16 berbanding harga asal iaitu RM13.50 dengan jumlah kenaikan 15%. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini