Germanwings: Juruterbang wajib jalani pemeriksaan kesihatan berkala - ICAO
MONTREAL: Juruterbang mesti menjalani pemeriksaan kesihatan fizikal dan mental secara berkala, demikian menurut pertubuhan penerbangan antarabangsa selepas pembantu juruterbang pesawat Germanwings didakwa menjatuhkan pesawat itu yang meragut 150 nyawa, Selasa lalu.
"Semua juruterbang diwajibkan menjalani pemeriksaan perubatan (oleh doktor yang terlatih dalam bidang perubatan penerbangan) yang termasuk penilaian kesihatan mental dan fizikal," kata Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) yang berpusat di Montreal, Kanada dalam satu kenyataan hari ini.
"Sekiranya ada perkara yang membabitkan keperluan penyaringan perubatan yang lebih berbentuk spesifik, penilaian bolah dilakukan termasuk ujian neuropsychologi," kata badan di bawah Perubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu.
Pihak berkuasa Perancis berkata, pembantu juruterbang pesawat Germanwings yang terhempas itu dikatakan menjunamkan pesawat Airbus A320 itu ke Banjaran Alps di selatan Perancis.
Pembantu juruterbang berusia 28 tahun itu menerbangkan pesawat secara bersendirian selepas mengunci juruterbang di luar kokpit yang keluar untuk ke tandas.
Setakat ini motifnya berbuat demikian masih tidak jelas. - AFP
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini