Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Germanwings: Salah seorang juruterbang terkunci dari luar kokpit - Akhbar

No Comment


SEYNE-LES-ALPES (Perancis): Laporan sebuah akhbar mendakwa rakaman suara pesawat malang Germanwings menunjukkan salah seorang juruterbang terkunci dari luar kokpit sebelum pesawat terhempas di Banjaran Alps, kelmarin.

Akhbar The New York Times memetik seorang penyiasat berkata, rakaman audio menunjukkan sebaik pesawat memulakan penerbangan, seorang daripada juruterbang meninggalkan kokpit dan tidak dapat memasukinya semula.

Penyiasat itu memberitahu akhbar itu bahawa juruterbang berkenaan pada mulanya mengetuk perlahan pintu kokpit sebelum mengulanginya beberapa kali dengan ketukan lebih kuat.

"Ia berlarutan dan anda boleh mendengar dia (juruterbang) cuba untuk memecahkan pintu kokpit namun pintu masih tidak dibuka," katanya.

Penyiasat itu bagaimanapun tidak membuat spekulasi tentang mengapa juruterbang di dalam kokpit tidak membuka pintu atau menghubungi pusat kawalan udara sebelum pesawat terhampas.

Semua 150 orang di dalam pesawat jenis Airbus itu terbunuh.
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli