12 buruh maut, 20 cedera besi perancah runtuh
HANOI: Sekurang-kurangnya 12 buruh maut dan lebih 20 orang lagi mengalami kecederaan apabila besi perancah runtuh di tapak pembinaan di zon ekonomi dekat tepi pantai Vietnam, lapor media tempatan.
Akhbar online, Thanh Nien (Young People) melaporkan pekerja terbabit adalah subkontraktor bagi pembinaan tembok penahan diketuai Samsung C&T Corp, anak syarikat Samsung Group dari Korea Selatan ketika nahas di zon ekonomi Vung Ang, wilayah Ha Tinh.
"Di tapak pembinaan itu terdapat beribu-ribu pekerja, jadi tidak dapat dipastikan jumlah mereka yang cedera. Pihak berkuasa mengalihkan besi perancah itu bagi menyelamatkan pekerja yang terperangkap," kata Penolong Ketua Lembaga Pengurusan Zon itu, Pham Tran De.
"Anggota polis, pengawal sempadan dan pasukan penyelamat digerakkan ke tempat kejadian," katanya. - Reuters
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini