Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Guan Eng tidak berhak menentukan maruah saya - Hadi Awang

No Comment


MARANG: Selepas berdiam diri sejak dirinya dikatakan tidak bermaruah oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, akhirnya Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersuara.

Dalam sidang medianya di Masjid Rusila, pagi tadi, Abdul Hadi dengan tegas berkata Guan Eng, tidak berhak menentukan maruahnya.

"Sebaliknya saya sendiri akan menentukan maruah saya dengan sokongan seluruh rakyat termasuk lebih satu juta ahli PAS di seluruh negara.

"Alhamdulillah, saya dapat menentukan maruah saya dengan pegangan Islam," kata mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, yang akan memutuskan hubungan dan menghentikan kerjasama dengannya.


Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, kerjasama semua parti dalam Pakatan Rakyat bergantung kepada perlembagaan serta hala tuju perjuangan PAS dan persefahaman mengenai dasar dan matlamat parti.

Katanya, persefahaman itu sudah ditandatangani membabitkan tiga pemimpin utama termasuk Pengerusi DAP, Lim Kit Siang dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sehubungan itu, katanya, Guan Eng tidak sepatuTnya melenting dengan usul rang undang-undang mengenai pindaan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan yang akan dibentangkan di Parlimen, kerana ia tiada kaitan dengan bukan Islam.

"PAS berjuang untuk semua kaum, sebaliknya DAP hanya berjuang mewakili kaum tertentu," katanya. - BH Online
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli