Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Gunung Berapi Costa Rica Meletus Selepas 20 Tahun

No Comment


SAN JOSE – Gunung berapi Turrialba di sini memuntahkan asap dan abu setinggi 1 kilometer (km) ke udara kelmarin dalam satu letusan paling kuat sepanjang tempoh 20 tahun lalu.

Situasi itu menyebabkan pihak berkuasa tempatan telah memulakan operasi memindahkan penduduk kawasan sekitar ke lokasi yang lebih selamat.

Empat letupan daripada gunung berapi yang terletak di tengah Costa Rica itu menyebabkan abunya sampai di bandar San Jose yang terletak kira-kira 50km dari lokasi kejadian.

Abu yang menyelubungi ruang udara di San Jose turut menyebabkan lapangan terbang terpaksa ditutup. Letupan itu adalah yang pa­ling kuat sejak 1996.

“Kami mencadangkan pemindahan penduduk dan haiwan kecil sebagai langkah berjaga-jaga. Letupan ter­akhir itu sangat kuat,” kata jurucakap Balai Cerap Seismologi dan Gunung Berapi Costa Rica.

Gunung Berapi Turrialba mula menunjukkan tanda-tanda untuk meletus pada Oktober tahun lalu selepas kali terakhir memuntahkan lahar pada 1863. – Reuters
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli