Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ibu Maafkan Anak Dalam Mahkamah

No Comment
Tertuduh (kanan) dibawa keluar dari mahkamah selepas denda diputuskan.
KOTA BHARU – Kemaafan seorang ibu terhadap perbuatan anak yang mengugut untuk mencederakannya menyelamatkan lelaki tersebut dari hukuman berat, malah dia hanya didenda RM2,000 oleh mahkamah majistret, di sini, semalam.

Tertuduh, Mohamed Haris Abdullah, 23, didakwa melakukan ugutan jenayah terhadap Minah Ishak,51, hingga menimbulkan ketakutan kepada mangsa di sebuah rumah di Jalan Tanjong Chat, Kampung Telaga Nibong, di sini, pada jam 8.30 malam, 3 Februari lalu.

Laporan dibuat abang pengadu yang mendapat tahu cerita dari ibunya bahawa tertuduh mengugut wanita itu. Ketika kejadian, tertuduh mengamuk hendak keluar dari rumah dan mengambil pemutar skru sambil mengeluarkan kata-kata ugutan berbunyi “setakat tiga orang ini, aku buat sampai tak mengucap”.

Pada prosiding semalam, tertuduh yang diwakili peguamnya merayu hukuman ringan dengan alasan abangnya sudah menarik balik laporan yang dibuat.

Majistret, Mohd Firdaus Zainal Abidin yang mendengar kes berkenaan kemudian bertanya kepada tertuduh, “Sudahkan kamu meminta maaf kepada ibu kamu?” Tertuduh kemudian menganggukkan kepalanya.

Mohd Firdaus bertanya lagi, “Dah insaf ke atau nak buat lagi?” Tertuduh pantas menggeleng-geleng kepala.

Denda dijelaskan oleh ahli keluarga tertuduh. Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nurliyana Md Zukri. – Sinar Harian Online
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli