Sepasukan saintis dari Wake Forest University, Amerika Syarikat, telah menemui sejenis ikan ajaib iaiut, Mangrove Rivulus, yang mampu hidup di darat lebih daripada dua bulan.
Ikan yang hidup di paya tropika Florida dan Brazil itu merupakan hermaprodit dengan memiliki dua jenis kelamin iaitu jantan dan betina.
Dengan mempunyai panjang kira-kira 7 milimeter ia merupakan ikan yang amat hebat kerana kelebihan untuk hidup di darat dengan tempoh yang lama berbanding semua jenis ikan lain.
Pada 2007 , para saintis menemui ikan mangrove rivulus mampu hidup di darat selama 66 hari. Ikan itu hanya diam meringkuk di atas pokok-pokok bakau.
Untuk mengetahui kehebatan ikan ini saitis mula melakukan penyiasatan dengan merakam segala aktiviti ikan tersebut di dalam air mahupun di daratan.
"Selepas diamati, ikan bakau rivulus mengubah fungsi insangnya semasa di darat, dan bernafas melalui kulit."
"Keupayaan ikan itu hidup di darat juga dipengaruhi oleh kekuatan ekornya yang dapat membuat tubuh ikan itu melompat-lompat di daratan," kata Benjamin Perlman, ketua penyelidikan.
Ekor mangrove rivulus mempunyai kekuatan untuk memindahkan tubuh ikan dari air ke darat. Setelah berada di darat, ikan itu akan meringkuk menyerupai huruf C. Kemudian ekornya bergerak-gerak untuk membantu tubuh ikan itu berpindah tempat.
"Selain untuk memindahkan tubuh ke daratan, ekornya juga berfungsi untuk mengarahkan lompatan pada ketika memburu mangsa, seperti serangga kecil dan cengkerik," kata Perlman.
Selain itu kemampuan ikan ini melompat juga menjadi kunci untuk Mangrove rivulus ini bertahan di darat kerana membolahkan ia berpindah dari lingkungan yang minimum oksigen ke persekitaran yang mempunyai kandungan hidrogen sulfida yang tinggi. - Siakapkeli.com.my