Seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Hasif Hasan hari ini telah memuatnaik beberapa keping gambar dilaman Facebook miliknya yang mendakwa berlaku penipuan oleh pengusaha stesen minyak dalam proses jual beli minyak.
Menceritakan kejadian itu, semasa mengangkat nozzle untuk mengisi minyak tiba-tiba meter sen pam tersebut telah bergerak ke 36 sen walaupun belum berbuat apa-apa.
Beliau yang mengaku sebagai seorang peguam percaya bahawa itu adalah taktik licik segelintir pengusaha stesen minyak untuk mendapat keuntungan lebih.
Apapun harap pihak berkuasa mengambil serius berkaitan hal ini kerana bagi mengelakkan lebih ramai akan tertipu dengan taktik tidak bertanggungjawab ini.
Para pengguna yang ingin mengisi minyak dinasihatkan lebih berhati-hati dengan kejadian seperti ini. - Siakapkeli.com.my