Keputusan SPM 2014 catat penurunan – KP
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2014 mencatatkan penurunan di mana 11,289 pelajar mendapat gred A bagi semua mata pelajaran.
Ketua Pengarah Jabatan Pelajaran, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof berkata, penurunan yang dicatatkan adalah sebanyak 2,681 berbanding keputusan tahun sebelumnya.
“Keputusan bagi tahun 2014 mencatatkan penurunan 2,681 berbanding tahun 2013 yang mencatatkan 13,970.
“Sementara itu, lima calon keperluan khas turut memperoleh keputusan cemerlang dalam semua mata pelajaran yang diduduki,” katanya.
Dalam masa yang sama, beliau turut menjelaskan peningkatan dan penurunan prstasi mata pelajaran SPM tahun ini.
“Bagi prestasi mata pelajaran untuk peperiksaan SPM 2014, 28 daripada 73 mata pelajaran direkodkan meningkat manakala 43 menurun dan dua mata pelajaran kekal,” katanya.
Menurutnya, 364,724 atau 85.1 peratus calon SPM 2014 yang pertama kali menduduki dan mendaftar sekurang-kurangnya 6 mata pelajaran teras layak mendapat sijil. - The Rakyat Post
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini