Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kereta Api Bawa Minyak Mentah Tergelincir Dekat Illinois

No Comment


GALENA, Illinois – Kereta api barang yang membawa minyak mentah milik BNSF Railway tergelincir dekat bandar raya Galena, Illinois dan kemudiannya terbakar, kata pihak berkuasa.

Sheriff tempatan, Sarjan Mike Moser berkata, kereta api itu tergelincir pada kira-kira jam 1.20 tengah hari waktu tempatan.

Kebakaran akibat nahas itu tidak memerlukan kerja pemindahan.

Pentadbir bandar raya Galena, Mark Moran berkata, anggota bomba bergerak pantas ke tempat kejadian kira-kira lima kilometer di selatan bandar raya berkenaan.

“Laporan yang diterima ialah lapan gerabak tergelincir dari landasan. Dua daripada gerabak itu masih dalam kedudukan tegak manakala enam lagi terbalik,” kata Moran.


Kereta api itu mempunyai 103 gerabak yang berisi minyak mentah dan dua lagi gerabak berisi pasir.

Penolong Ketua Bomba, Bob Conley berkata, anggota bomba hanya boleh sampai ke tempat kejadian menggunakan laluan motosikal.

Sementara itu, jurucakap syarikat BNSF berkata, punca nahas belum dapat dipastikan.

Katanya, pekerja landasan kereta api berada di tempat kejadian dan tenaga kerja tambahan dikerah ke sana bagi mengendalikan nahas berkenaan. – AP
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli