#KitaLawan: Rafizi Ditahan Polis Sekali Lagi
PETALING JAYA: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli ditahan kali kedua mengikut Akta Hasutan 1948 berhubung perhimpunan haram #KitaLawan pada Jumaat.
Beliau yang juga Ahli Pandan ditahan di pusat khidmatnya di Kuala Lumpur pada tengah hari.
Kali pertama Rafizi ditahan pada 10 Mac berhubung penganjuran perhimpunan #KitaLawan pada 7 Mac lalu.
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, Rafizi dipercayai ditahan bagi membantu siasatan berhubung pekeliling yang diedarkannya mengenai perhimpunan #KitaLawan yang akan diadakan pada Sabtu.
Beliau dibawa ke Ibu Pejabat Polis Dangan Wangi untuk disoal siasat. — mStar online
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini