Krisdayanti sambut hari lahir ke-40 dengan majlis kesyukuran
Jakarta: Diva pop Indonesia, Krisdayanti semalam mengadakan majlis kesyukuran menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-40 di kediamannya di Jakarta Selatan.
“Saya berasa amat bahagia sekali.
“Dengan barakah dan rahmat serta doa, saya berharap kehidupan saya bersama suami (Raul Lemos) dan anak-anak akan terus membahagiakan,” kata Krisdayanti kepada wartawan.
Ketika berucap kepada mereka yang hadir di majlis berkenaan, penyanyi terkenal itu berkata, dia impikan untuk terus menjadi wanita dan isteri yang baik.
Dia turut memohon maaf kepada setiap orang yang selama ini mungkin tersinggung atau kecewa dengan perbuatan dan atau perkataan yang pernah diucapnya.
“Saya ingin mohon maaf atas kesalahan saya.
“Semoga kehidupan yang akan dilalui selepas ini mendatangkan kebaikan kepada kita bersama,” katanya. - Agensi
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
