Kutipan Zakat Tidak Cukup Antara Sebab GST Perlu Dilaksanakan - Maslan
Pihak kerajaan akan tetap laksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bermula 1 April depan kerana cukai tersebut adalah lebih efisyen dan tersusun.
Beliau yang merupakan Timbalan Menteri kewangan berkata kesemua negara yang telah melaksanakan GST tidak ada satu negara pun yang menghapuskannya.
"Kita amat yakin dan tidak mambuat keputusan silap kerana melaksanakan GST ini kerana ia adalah cukai standart antarabangsa."
Kerajaan, katanya, amat yakin ia tidak silap dalam membuat keputusan untuk melaksanakan GST kerana ia adalah standard cukai antarabangsa.
Kebanyakkan orang di dunia berada di negara yang melaksanakan GST dimana hampir 90% penduduk dunia membayar cukai tersebut," Katanya.
Selain itu beliau mengulas tentang sesetengan agamawan yang mengatakan GST tidak beralndaskan Islam.
"Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada Oktober lepas mengesahkan bahawa kerajaan harus mengutip GST." jelasnya.
Muzakarah berpandangan GST harus dilaksanakan ialah kerana ia berpendapat isu cukai merupakan siyasah syar'iyah yang bergantung kepada kepentingan yang berbeza antara sebuah negara dengan negara lain dan maslahah (kepentingan) sesuatu zaman berbanding zaman lain.
Apa yang disebut dalam GST, ia bukan suatu yang melanggar syarak kerana ia memenuhi maslahah daruriyat (kepentingan dan keperluan yang mendesak) dan hajiyat rakyat (keperluan asas biasa), tambahnya.
Beliau turut menegaskan yang hasil cukai ayng dikutip adalah tidak mencukupi menyebakan SGST perlu dilaksanakan. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini