Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki tembak mati dua wartawan di Guatemala

No Comment

MAYAT Federico Salazar di taman dalam kawasan perbandaran Mazatenango. - Foto AP

GUATEMALA CITY: Lelaki bersenjata menembak mati dua wartawan dan menyebabkan seorang lagi cedera ketika mereka bersiar-siar di taman di selatan Guatemala, hari ini.

Editor Prensa Libre, Miguel Angel Mendez Zetina berkata, Danilo Lopez, wakil tempatan untuk akhbar Prensa Libre dan wartawan Radio Nuevo Mundo, Federico Salazar mati di taman dalam kawasan perbandaran Mazatenango.

Mendez berkata, Lopez bekerja di akhbar itu selama lebih satu dekad dan baru-baru ini mengemukakan aduan terhadap Datuk Bandar San Lorenzo, Jose Linares Rojas kerana membuat ugutan bunuh ke atasnya.


Lopez membuat beberapa berita mengenai kelemahan ketelusan dalam dana awam di bawah pentadbiran Linares.

"Dua datuk bandar dari Majlis Perbandaran Mazatenango membuat ugutan terhadap mangsa kerana berita yang dilaporkan. Danilo adalah seorang wartawan yang beretika, begitu telus dan amat baik dalam prosedur perakaunan dana awam dan bagaimana ia memberi kesan terhadap masyarakat," kata Mendez.

Pengarah Radio Nuevo Mundo, Marvin Robledo pula berkata, Salazar tidak menyatakan sebarang masalah atau ancaman dan tidak membuat sebarang laporan khas ketika beliau dibunuh.

"Kami akan tunggu hasil siasatan, kami tidak tahu motif sebenar. Kami minta pihak berkuasa menyiasat dan mencari orang yang bertanggungjawab dan menggunakan saluran undang-undang," katanya.

Lopez dan Salazar adalah naib presiden dan setiausaha Persatuan Akhbar Suchitepequez yang ditubuhkan. - AP
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli