Makan Bersama, Sultan Selangor dan Bekas MB Masih Akrab
Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tetap mempunyai hubungan yang akrab dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah walaupun disingkirkan daripada jawatan itu oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada tahun lalu.
Buktinya ialah Sultan Selangor makan malam dengan bekas pemimpin PKR yang disingkirkan tersebut pada 26 Februari lalu dan hal itu dimaklumkan oleh Abdul Khalid melalui laman Facebook beliau bersama sekeping gambar makan malam bersama.
“Sempat berjumpa dengan DYMM Tuanku Sultan Selangor semalam (26 Februari 2015) untuk makan malam di Hotel The Strand, Yangon, Myanmar. Tuanku telah mengambil bahagian dalam Road To Mandalay car endurance rally selama 24 hari,” memetik dari Facebook beliau.
Sebelum ini, Abdul Khalid disingkirkan daripada jawatan Menteri Besar Selangor oleh PKR pada tahun lalu kerana mahu memberi laluan kepada Presidennya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail memegang jawatan itu.
Sultan Sharafuddin bagaimanapun tidak berkenan menerima Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor sebaliknya bersetuju melantik Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali bagi menggantikan Abdul Khalid. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini