Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Mayat mendiang Lee Kuan Yew dibawa ke Sri Temasek

No Comment


SINGAPURA: Mayat mendiang bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew, 91, yang meninggal dunia pagi tadi akan dibawa ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Sri Temasek di sini, untuk kunjungan ahli keluarga sahaja sehingga esok.

Pejabat Perdana Menteri Singapura, dalam satu kenyataan berkata, mayat mendiang kemudian akan dibawa ke Rumah Parlimen di sini, bermula Rabu sehingga Sabtu ini untuk kunjungan orang ramai bermula jam 10 pagi hingga 8 malam.

Upacara pengebumian negara akan diadakan Ahad ini di Pusat Kebudayaan Universiti Nasional Singapura pada jam 2 petang sebelum dibawa ke Mandai Crematorium.

Kuan Yew dimasukkan ke Hospital Besar Singapura pada 5 Februari lalu kerana mengalami radang paru-paru yang teruk. - BH Online

Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli