Mayat ‘sambut’ kedatangan penyewa baru
Beijing: Seorang lelaki terkejut apabila menemui mayat reput ketika mengemas pangsapuri yang baru disewanya di Bengbu, wilayah Anhui.
Media tempatan kelmarin melaporkan, kejadian berlaku minggu lalu, dua hari selepas lelaki yang dikenali sebagai Wang menandatangani perjanjian untuk pangsapuri barunya.
Wang ternampak sesuatu yang disangkanya tangan ketika mengalihkan tilam.
Pada mulanya dia menyangka ia patung, namun selepas mengangkat seluruh tilam itu dia terkejut mendapati ia mayat yang sudah reput.
Mangsa dipercayai wanita bernama A Li, 22, dan dipercayai penyewa rumah terdahulu yang dilaporkan jirannya sering dikunjungi seorang lelaki.
Tuan rumah memberitahu polis, penyewa sebenar pangsapuri terbabit lelaki bernama A Bing dan pajakannya tamat 8 Januari lalu.
Polis menjejak A Bing di sebuah hotel dan lelaki itu mengaku mencekik mangsa sehingga mati.
A Bing mengakui A Li bekas kekasihnya selepas mereka bertemu pada 2012 ketika bekerja di Shanghai. - Harian Metro
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini