Hari ini heboh di laman sosial tentang gambar sepucuk surat rasmi yang ditandatangani oleh Mufti Perlis Prof Madya Dato Dr Asri Zainal Abidin yang dikatakan tidak bersetuju dengan pemilihan Ustaz Dato Kazim Elias sebagai ahli panel Forum Perdana Hal Ehwal Islam kerana didakwa sering mengeluarkan riwayat-riwayat palsu.
Forum perdana tersebut akan diadakan sempena keputeraan DYMM Tuanku Raja Perlis ke-72 dan juga sempena ulang tahun ke-69 RTM.
Berhubung dengan penyebaran tersebut Dr. Asri telah tampil menjelaskan perkara tersebut dan beliau tidak menafikan tentang kesahihan surat itu.
Menurut beliau ada pihak menyebarkan surat rasmi dalaman Jabatan Mufti Perlis ke pihak pengurusan satu forum sempena Keputeraan DYMM Raja Perlis yang Jabatan Mufti merupakan pihak yang terlibat sama dalam penganjuran.
Berikut penjelasannya.
1.Surat tersebut menyatakan pihak Jabatan Mufti tidak bersetuju pemilihan panel tertentu atas alasan riwayat-riwayat palsu yang pernah disebarkan. Ini selaras dengan kehendak keilmuan dan masyarakat sendiri untuk memastikan kesahihan riwayat.
2. Surat itu TIDAK menyebut penceramah berkenaan dihalang berceramah di Perlis tetapi menyatakan tidak bersetuju untuk menjadi panel forum berkenaan yang bersempena Keputeraan DYMM Raja Perlis.
3. Ia adalah surat dalaman pentadbiran yang Jabatan Mufti merupakan JK Penganjur. Maka, penyebarannya tidak sepatutnya berlaku.
4. Oleh kerana surat itu telah tersebar dan ramai bertanya bukti, maka di sini disertakan satu salinan muka surat buku pihak berkenaan. Gambar Bawah
Bagaimanpun jawapan dari Ustad Kazim masih belum diperolehi hanya sedikit maklum balas dari admin page UKE yang menempelak tindakan Dr Maza itu dengan meminta Dr. Maza mengemukakan bukti jika UKE pernah mengeluarkan hadis palsu.
Apapun harap perkara ini dapat diselesaikan secara elok. Tidak mahulah agamawan berbalah. Jika terdapat kekhilafan elok diselesaikan secara baik. - Siakapkeli.com.my