MUJAO dakwa serang trak bantuan Palang Merah di Mali
BAMAKO: Kumpulan militan MUJAO mendakwa bertanggungjawab terhadap serangan ke atas trak bantuan Palang Merah di utara Mali yang menyebabkan seorang petugas antarabangsa terbunuh manakala rakan setugas rakyat tempatan cedera.
Jurucakap MUJAO, Abou Walid Sahraoui, berkata serangan di bandar Gao di utara negara itu membunuh "seorang pemandu yang berkhidmat dengan musuh".
"Kami mencapai apa yang kami mahu dengan serangan itu," katanya kepada AFP menerusi telefon. - AFP
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini