Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Padah Tertidur Semasa Kunyah Kinder Bueno

No Comment


Padah buruk kepada seorang wanita apabila beliau telah menemui ajal kerana terlelap mata ketika sedang menguyah snek coklat menyebabkan dia tercekik.

KEjadian tersebut berlaku di United Kingdom itu menimpa seorang ibu muda, Candice Campbell, 25 ketika dia asyik menonton televisyen di sisi tunangnya.

Menurut laporan portal Mirror, sebelum kejadian wanita tersebut mengambil sejenis ubat tahan sakit kerana mengalami ketidakselesaan pada perut selepas melahirkan anak setahun lalu.


Beliau yang dibawah pengaruh ubat tersebut menyebabkan dia mengantuk dan terlelap semasa sedang mengyunyah coklat tersebut.

Malangnya, kunyahan yang berada dalam mulut Campbell belum sempat ditelannya lantas ia menjadi punca wanita itu tercekik dan tidak dapat bernafas.

Tunangnya, Geoffrey Burns hanya menyedari situasi tersebut setelah Campbell terkulai di sebelahnya.

Ujar Burns, dia yang turut terlelap ketika menonton TV, hanya menyedari keadaan Campbell kira-kira jam 5.30 pagi, beberapa jam selepas kedua-duanya tertidur.

“Candice sedang menjamah Kinder Bueno dan saya menasihatinya untuk tidak memakan coklat kerana ketika itu dia mungkin akan tertidur akibat ubat.

“Nmaun saya terlalu penat sehinggakan turut tertidur selepas itu,” katanya. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli