Paramedik biadab bersefie dengan isyarat lucah depan pesakit nazak dipecat
Moscow: Seorang paramedik dipecat selepas menyiarkan koleksi gambar selfie bersama pesakit nazak.
Tatiana Kulikova, 25, memuat naik gambar berkenaan beserta keterangan seperti ‘seorang lagi manusia bodoh’ dan ‘saya tak suka kerja saya’ di sebelah mangsa yang sepatutnya mendapat bantuan kecemasan daripadanya.
Perkhidmatan kecemasan tempatan memecat Tatiana selepas dia mengakui merakam gambar berkenaan.
Penduduk tempatan mengecam tindakan Tatiana kerana mendapati ahli keluarga mereka dipaparkan dalam galeri menyedihkan itu.
Aktivis kesihatan tempatan, Artem Golubev, 40, berkata, tindakan Tatiana zalim kerana beberapa pesakitnya meninggal dunia selepas gambar mereka dirakam.
“Saya tidak terkejut jika keluarga pesakit menyaman Tatiana dan perkhidmatan kecemasan tempat dia bekerja,” katanya.
Jurucakap perkhidmatan kecemasan tempatan berkata, mereka menggantung perkhidmatan Tatiana sebaik sahaja diberitahu tentang gambar yang dimuat naik.
“Dia dipecat selepas siasatan menyeluruh dijalankan,” katanya. - Agensi
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini