PAS Kota Tinggi Calon Husam Musa Cabar Abdul Hadi
PETALING JAYA: PAS kawasan Kota Tinggi telah sebulat suara mencalonkan Naib Presiden parti Datuk Husam Musa untuk mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi jawatan presiden.
PAS kawasan ini mengesahkan laporan itu, dalam satu kenyataan pada Sabtu, setelah terdahulu mengadakan mesyuarat agung tahunannya pada awal pagi.
Pencalonan Husam dibuat selepas rakan sejawatannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menolak pencalonan dirinya oleh PAS kawasan Kota Bharu untuk mencabar Abdul Hadi dalam pemilihan parti akan datang. - mStar Online
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini