Pekerja Mogok Kerana Dihalang Bersolat Dan Tidak Ada Cuti
BATAM – Ratusan pekerja PT Wearsmart Textiles telah berkumpul dan bergabung dengan Serikat Pekerja Seluruh Indonesia (SPSI) Batam telah mengadakan mogok didepan kilang mereka.
Mogok ini diadakan kerana ketidak prihatinan majikan mereka yang melarang pekerja solat kerana merasa rugi kerana masa yang ada digunakan untuk solat.
Selain itu dikatakan pekerja yang sedang hamil juga dilarang mangambil cuti dan disuruh berhenti jika berbuat demikian.
Bagi pekerja yang tidak sehat lima hari berturut-turut tanpa masuk kerja, mereka akan diberhentikan serta merta.
Dalam mogok tersebut, pekerja-pekerja kilang Tekstil itu menuntut hak mereka sebangai pekerja yang selama ini terdapat di tempat kerja lain kerana mereka tidak merasa itu semua sejak kilang tersebut ditubuhkan sejak tahun 2005.
Menurut Ketua PUK SPSI Iliya Sandi, yang juga merupakan karyawan PT Wearsmart Textiles memberitahu, mogok kerja dilakukan karena mereka menuntut beberapa perkara.
"selain tiada cuti tahunan, ada rakannya tidak diberi cuti lansung walaupun mula berkhidmat dengan kilang tersebut dibuka. Tiada pekerja diberi kerja tetap tetapi hanya dilanjutkan kontrak."
Pekerja hamil disuruh berhenti, undang-undang mana mereka pakai?" soalnya. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini