Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pemilik bar, 2 rakan dijel hina agama Buddha

No Comment


Yangon: Seorang pemilik bar warga New Zealand dan dua rakannya dihukum penjara dua setengah tahun oleh sebuah mahkamah di sini kerana didapati bersalah menghina agama Buddha.

Ketiga-tiga tertuduh didapati bersalah memuat naik gambar Buddha memakai fon telinga di Facebook bagi mempromosikan bar mereka.

Pemilik bar warga New Zealand, Phil Blackwell dan rakan kongsinya, Tun Thurein serta pengurus premis berkenaan, Htut Ko Ko Lwin mengaku tidak bersalah ketika perbicaraan dijalankan.

Menurut mahkamah, ketiga-tiga mereka dihukum penjara dengan kerja berat.

Kumpulan hak asasi manusia mengkritik keputusan mahkamah itu yang dianggap sebagai serangan terhadap kebebasan bersuara dan mendesak mereka dibebaskan.

Beberapa anggota polis mengiringi Blackwell masuk ke dalam kenderaan selepas keluar dari mahkamah dan dia tidak memberi komen kepada wartawan.

Kumpulan hak asasi manusia membandingkan kes itu dengan kenyataan seorang sami dan aktivis Buddha Myanmar, Wirathu yang melabelkan wakil hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai ‘pelacur.’

Seorang sami dan pegawai di Kementerian Hal Ehwal Agama pada Januari lalu memberitahu bahawa kenyataan Wirathu boleh memberi kesan kepada agama Buddha.

Bagaimanapun, Wirathu tidak dikenakan sebarang dakwaan.

Dalam perbicaraan pada Disember lalu, Blackwell berkata, dia tidak berniat menghina agama Buddha. - Harian Metro

Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli