Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Perkhidmatan Monorel Tergendala Kerana Berlaku Kebakaran

No Comment



KUALA LUMPUR: Ibu kota sekitar Stesen perkeliling hari ini dikejutkan dengan satu kebakaran membabitkan sebuah Monorel di Stesen Titiwangsa pagi ini.

Kebakaran tersebut bermula dari tayar sebuah gerabak yang terbakar dan menyebakan asap tebal menyelubungi Monorel tersebut.

Ketua Pegawai Operasi Bomba Kuala Lumpur Shamsol Maarif Saibani berkata pihaknya menerima panggilan pukul 8.52 pagi tentang kebakaran itu dan tiba di tempat kejadian kira-kira lima minit kemudian.


Beliau berkata sebaik tiba, kesemua penumpang diarahkan keluar dan pihak pengendali monorel diarahkan mengalihkan gerabak yang terbakar ke satu tempat jauh dari bangunan.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Dalam operasi memadam keabkaran tersebut, kekuatan 22 anggota dan tiga jentera dikejarkan ke tempat kejadian.

Orang ramai diminta mengikut arahan polis yang menjaga lalu lintas di bawah tempat kejadian kerana dilapokan berlaku kesesakan teruk. - Siakapkeli.com.my


Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli