Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Rafizi Ramli Tampil Isytihar Harta Dan Cabar PM Isytihar Harta Sepertinya

2 ulasan


Rafizi Ramli hari ini telah tampil membuat pengiystiharan harta miliknya selepas sebelum ini menyahut cabaran oleh Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee yang menyarankan supaya semua pemimpin dalam Pakatan Rakyat untuk melakukan pengisytiharan harta.

Rafizi hari ini tampil mendedahkan aset keseluruhan miliknya berjumlah RM1.6 juta termasuk hutang, pendapatan dan perbelanjaan sebelum dan selepas menjadi wakil rakyat.

Selepas bertindak mengisytiharkan harta sepertimana didesak pemimpin Umno, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli kini mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melakukan perkara sama.

Beliau telah membuat akuan bersumpah dan berikut adalah isi kandungan akuan tersebut dengan disertakan lampiran original yang diambil dari beliau.

Sedutan Akuan Berkanun:

AKUAN BERKANUN
PENGISYTIHARAN HARTA, HUTANG, PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN

Bahawa saya, MOHD RAFIZI BIN RAMLI (No Kad Pengenalan 770914-11-5025) yang beralamat di A405, Kyoto Garden Condominium, Bukit Antarabangsa 68000 Ampang dengan ini membuat akuan berkanun mengikut Akta Akuan Berkanun bagi tujuan mengisytiharkan harta, hutang, pendapatan dan perbelanjaan saya sebagai Ahli Parlimen Malaysia.

Oleh itu, saya dengan ini mengisytiharkan perkara-perkara berikut:

LATAR BELAKANG KERJAYA DAN KEDUDUKAN HARTA SEBELUM MENJADI AHLI PARLIMEN

1. Saya mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dari University of Leeds, United Kingdom. Sejurus selepas tamat pengajian ijazah, saya diterima bekerja di firma akauntan bertauliah Jeffreys Henry di London untuk ditauliahkan sebagai akauntan bertauliah yang berdaftar dengan Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW).

2. Saya kini adalah Fellow, Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW) dan ahli Institut Akauntan Malaysia (MIA). Saya juga dalam proses melanjutkan pelajaran di peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang ekonomi di sebuah universiti luar negara.

3. Selepas memulakan kerjaya di London sehingga tahun 2002, saya kembali berkhidmat dengan PETRONAS sejak tahun 2003. Saya merupakan antara Pengurus Kanan termuda yang pernah dilantik oleh PETRONAS dan pernah mengetuai beberapa unit di PETRONAS sehingga tahun 2009.

4. Selain perkhidmatan di PETRONAS, saya juga merupakan bekas Pengurus Besar di Pharmaniaga iaitu syarikat farmaseutikal berintegrasi terbesar di Malaysia pada tahun 2009. Saya juga merupakan Ketua Eksekutif, Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor di antara tahun 2010 hingga pertengahan 2012.

5. Semasa di PETRONAS, gaji saya sebagai Pengurus Kanan adalah sekitar RM25,000 sebulan (termasuk dengan keistimewaan dan elaun). Pada masa yang sama, bonus tahunan purata yang saya perolehi diantara tahun 2004 hingga 2009 ialah di antara lapan (8) hingga dua belas (12) bulan setiap tahun. Oleh itu, purata pendapatan tahunan saya di PETRONAS adalah di antara RM300,000 hingga RM500,000 setahun.

6. Gaji sebagai Pengurus Besar di Pharmaniaga adalah sekitar RM32,000 sebulan (termasuk dengan keistimewaan dan elaun). Bonus mandatori mengikut kontrak perkhidmatan adalah tiga (3) bulan setahun ditambah dengan bonus prestasi. Oleh itu, purata pendapatan tahunan saya di Pharmaniaga adalah sekitar RM500,000 setahun.

7. Gaji sebagai Ketua Eksekutif, Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor adalah RM15,000 sebulan (termasuk dengan keistimewaan dan elaun). Bonus adalah mengikut ketetapan Kerajaan Selangor iaitu sebulan setahun. Oleh itu, purata pendapatan tahunan saya di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor adalah RM195,000 setahun.

8. Apabila saya meninggalkan dunia korporat pada tahun 2010 untuk menyertai Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor, saya menjual sebuah rumah teres dua tingkat di Bukit Jalil untuk memastikan simpanan tunai saya mencecah RM1 juta. Di antara tahun 2010 hingga 2014, saya telah membelanjakan sekitar RM300,000 dari simpanan tunai ini bagi kegiatan politik termasuk menampung perbelanjaan kempen, sumbangan kepada parti dan lain-lain.

9. Bagi tempoh Julai 2012 hingga Mei 2013 semasa saya tidak mempunyai pekerjaan untuk menumpukan sepenuhnya kepada kempen PRU13, saya menerima sumbangan RM5,000 sebulan dari dua orang rakan sedarjah dari Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) yang membantu meringankan beban kewangan.

KEDUDUKAN HARTA, HUTANG, PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN SELEPAS MENJADI AHLI PARLIMEN

1. Kedudukan harta, hutang, pendapatan dan perbelanjaan selepas menjadi Ahli Parlimen adalah seperti yang ditunjukkan di dalam Lampiran berserta dengan nota penerangan dan dokumen bukti.

2. Saya tidak menduduki sebarang jawatan di dalam mana-mana badan atau syarikat kerajaan. Saya tidak menduduki mana-mana jawatankuasa di peringkat kerajaan yang bersabit perolehan. Saya tidak menerima sebarang imbuhan selain dari gaji dan elaun tetap sebagai Ahli Parlimen.

3. Saya ada melakukan kerja-kerja sebagai perunding dengan syarikat antarabangsa dalam bidang kewangan dan perniagaan. Saya juga selalu dijemput menulis di dalam makalah antarabangsa yang berserta imbuhan bagi setiap penulisan. Kekerapan tugasan sebagai perunding bergantung kepada keadaan dan tidak menentu. Secara lazimnya, satu laporan sebagai perunding yang saya kemukakan dibayar sekitar USD1,500 oleh syarikat-syarikat antarabangsa.

4. Selain dari gaji dan elaun biasa sebagai Ahli Parlimen, saya mendapat sekitar RM4,000 sebulan dari keuntungan simpanan di dalam Amanah Saham Bumiputra (ASB) dan Tabung Haji.

5. Hampir keseluruhan gaji dan elaun bersih sebagai Ahli Parlimen dibelanjakan setiap bulan untuk membayar gaji pegawai/petugas di Pusat Khidmat dan sebagai sumbangan kepada parti (dalam bentuk potongan tetap setiap bulan dan bayaran sewa pejabat-pejabat KEADILAN).

6. Perbelanjaan bulanan saya ditampung dari keuntungan simpanan ASB/Tabung Haji dan imbuhan tugasan sebagai perunding yang saya lakukan. Saya juga mengeluarkan wang dari simpanan tetap untuk menampung perbelanjaan bulanan.

7. Saya mempunyai simpanan tetap sebanyak sekitar RM212,000 di ASB (belum dikemaskini sehingga Disember 2014), RM464,372 di Tabung Haji dan RM644,909.47 di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

8. Saya hanya mempunyai 100 unit saham Boustead Holdings Berhad yang dianggarkan bernilai RM500. Selain itu, saya mempunyai satu polisi insuran nyawa dan kesihatan yang nilai serahannya adalah RM29,935.80 setakat 31 Disember 2014.

9. Saya mempunyai hanya satu hartanah iaitu sebuah kondominium berusia 20 tahun seluas 1,400 kaki persegi di Bukit Antarabangsa dengan nilaian semasa berjumlah RM322,000.

10. Saya mempunyai tiga buah kereta iaitu Honda Accord (keluaran 2014 yang digunakan sendiri), Honda CRV (keluaran 2014 yang disewakan kepada kakitangan saya dan dibayar ansuran oleh kakitangan tersebut) dan Honda Civic (keluaran 1997 yang dijualbeli kepada pemandu saya dengan bayaran jualbeli dibayar kepada saya sebanyak RM600 sebulan).

11. Saya tidak mempunyai hutang lain selain dari baki pinjaman rumah sebanyak RM118,430, baki pinjaman Honda Accord dan Honda CRV sebanyak RM228,170, baki pinjaman peribadi sebanyak RM39,840 dan baki kad kredit sebanyak RM9,497 (setakat akhir Disember 2014).

12. Daripada jumlah harta dan hutang ini, kedudukan harta saya melebihi hutang sebanyak RM1.564 juta seperti yang ditunjukkan di dalam Lampiran dan nota.

Saya dengan ini mengesahkan kesemua kenyataan di atas serta maklumat di dalam Lampiran dan nota serta dokumen bukti yang disertakan adalah pengisytiharan harta, hutang, pendapatan dan perbelanjaan saya sebagai Ahli Parlimen. Saya membuat akuan ini dengan percaya bahawa akuan ini benar dan mengikut peruntukan Akta Akuan Berkanun 1960.














Memetik portal dari The Malaysian Insider beliau mengakui bahawa dia memiliki harta dan simpanan wang mmelebihi nilai hutang dan dengan itu mencabar Perdana Menteri, Dato Sri Najib tun Abdul Razak supaya menggunakan kaedah sama bagi membersihkan namanya yang dikaitkan dengan kemewahan tidak berpadanan dengan gaji.

"Jika benar beliau mewarisi harta yang banyak daripada allahyarham Tun Abdul Razak seperti kenyataan Pejabat Perdana Menteri, maka beliau perlu memperincikan setiap harta warisan itu sepertimana saya memperincikan harta saya."

"Saya yakin langkah mengisytiharkan harta sebegini disokong sepenuhnya rakyat," katanya. - Siakapkeli.com.my

Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Latest dgr kata Rafizi dah kena tahan polis. Selepas mereka(umno) berjaya sumbat Anwar dlm penjara..mungkin next person umno punya projek ialah nak sumbat Rafizi pulak.

    Aku berani kata..kali ini UMNO memang betul-betul akan hancur.

    Sebab 1dunia tahu dan faham..yg tahan Rafizi tu bukannya polis tetapi atas arahan umno.

    Betul tak prens..?

    BalasPadam
  2. Latest dgr kata Rafizi dah kena tahan polis. Selepas mereka(umno) berjaya sumbat Anwar dlm penjara..mungkin next person umno punya projek ialah nak sumbat Rafizi pulak.

    Aku berani kata..kali ini UMNO memang betul-betul akan hancur.

    Sebab 1dunia tahu dan faham..yg tahan Rafizi tu bukannya polis tetapi atas arahan umno.

    Betul tak prens..?

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli