Raheem Sterling Mula Tuntut Gaji Tertinggi Pecah Rekod Liverpool
BINTANG Liverpool, Raheem Sterling kini dikatakan masih belum menandatangani kotrak baru bersama kelabnya apabila masih gagal dalam perbincangan selepas dijangka akan menuntut gaji mewah yang akan memecah rekod kelab tersebut.
Dalam perbincangan terbaharu, Sterling, 20, dikatakan enggan menandatangani kontrak yang menawarkan gaji setinggi £180,000 seminggu.
Penyerang muda berbakat yang banyak memberi kemenangan kepada The Reds itu dilapor enggan menandatangani kontrak baru sejak tahun lalu kerana tidak bersetuju dengan tawaran yang diberikan.
Kerana keputusannya itu, pemilik Liverpool, Kumpulan Sukan Fenway kini akan melakukan pelaburan besar jika ingin mengekalkan Sterling di kelab berkenaan.
Sterling juga dilapor akan menangguh untuk menandatangani kontrak itu sehingga akhir musim ini bagi memberi tekanan.
Walaupun begitu, penyerang muda itu terus membuktikan kehebatan yang dimiliki apabila menjaringkan gol untuk skuad England ketika bertemu Lithuania baru-baru ini. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini