Siasat daging keldai dalam sandwic
Rabat: Pihak berkuasa kesihatan Maghribi semalam memulakan siasatan terhadap dakwaan kemungkinan beberapa penjual sandwic di Casablanca menggunakan daging keldai dalam produk mereka.
Khabar angin mengenai penggunaan daging keldai itu tersebar selepas tukang sapu mendakwa menemui empat kepala haiwan itu dalam tong sampah.
Akhbar Al Sabah memetik sumber sebagai berkata, keldai itu mungkin disembelih secara rahsia dan daging mereka digunakan oleh restoran segera dan penjual sandwic yang banyak terdapat di sekitar bandar raya berkenaan, khususnya waktu malam.
“Sumber tidak menolak sebarang kemungkinan peniaga menggunakan daging keldai untuk membuat sosej dan daging cincang yang digunakan dalam sandwic yang mereka jual di sini,” lapor akhbar berkenaan. - AFP
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini