Menghairankan apabila di sekitar pam angin stesen minyak dipenuhi dengan paku dan skru berserta dengan nombor-nombor telefon pomen untuk menukar tiub kenderaan.
Seorang Likers Siakapkeli telah berkongsikan kisah ini selepas terjumpa skru, paku dan dawai bertaburan di tampat pam angin di sebuah stesen minyak Petron di Jalan Kg Melayu Subang semalam.
Menurut beliau, dia terperasan ada banyak benda berkilat-kilat berhampiran dengan tempat pam angin tersebut.
"Rupanya-rupanya benda berkilat tersebut ialah paku, skru dan besi tajam yang berselerak. Saya pasti yang melakukan kerja ini tidak lain tidak bukan adalah mereka yang buat bisnes tukar tiub/ tukar tayar/pancit."
"Mustahil kebetulan, sebab gambar ini menceritakan segalanya. Ada banyak lagi skru dan paku kecil berselerakan di kawasan tersebut, dan ini hanya sebahagian kecil yang saya kutip,'' katanya.
Ia berdasarkan terlalu banyak iklan nombor telefon mekanik-mekanik tukar tiup berhampiran pam tersebut seolah-olah ia telah dirancang.
"Saya telah buat aduan kepada pekerja stesen minyak tersebut dan pekerjanya yang berbangsa Indonesia hanya menggelengkan kepala menyatakan sambil lewa tidak tahu menahu akan hal tersebut." tegasnya lagi.