Contoh Drone selalu digunakan
Beliau dikatakan menggunakan drone kawalan jauh untuk mengambil gambar kapal terbang mendarat di hujung landasan KLIA.
Tindakan lelaki ini dikecaman kerana boleh menyebabkan berlaku kejadian yang tidak diingini dan semua ini melibatkan nyawa penumpang kapal terbang tersebut.
Berdasarkan gambar-gambar yang telah dimuat naik lelaki tersebut beliau telah menerbangkan Drone yang baru dimilikinya 15 minggu yang lalu di kawasan Lapangan Terbangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi merakam beberapa pesawat mendarat di landasan berkenaan.
Ada yang bertanyakan kepadanya adakah tidakannya itu tidak merbahaya dan beliau memberi penjelasan berikut sebelum menerbangkan drone di kawasan KLIA.
"Jauh tu. Kira distance before fly. Use GPS Mode," kata Yeng Nasir menjawab persoalan rakannya di Instagram sama ada tindakannya itu berbahaya ataupun tidak.
Namun apapun penjelasan yang dilakukan lelaki tersebut beliau tidak mempunyai alasan kukuh tentang jaminan keselamatan jika berlaku apa-apa yang tidak diingini,
Tindakan beliau itu adalah merupakan satu kesalahan besar kerana sudah tentu lapangan terbang merupakan kawasan larangan untuk menerbangkan drone.
Tidakannya itu telah mendapat perlbagai kecaman dari pengguna laman sosial seperti dibawah,
Bayangkan jika berlakunya sesuatu yang tidak diingini, sekali lagi Malaysia akan menjadi perhatian dunia di atas tindakan yang tidak bijak dari para penggemar Drone yang menyalahgunakan 'gadget' ini ditempat larangan.
Difahamkan, beberapa buah negara seperti Singapura, Thailand dan beberapa buah negara yang lain telah mengharamkan penggunaan Drone di negara mereka atas alasan berlakunya 'pencerobohan' yang tidak sepatutnya. - Siakapkeli.com.my