Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

TMJ Kritik Mutu Pengadilan dalam Aksi Liga Super Malam Tadi Sangat Teruk.

No Comment

KUALA LUMPUR: Mutu pengadilan dalam aksi Liga Super malam tadi dikritik oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Baginda yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) bertitah, pandangan sama mengenai mutu pengadilan itu turut dilemparkan oleh pemain Sarawak.

“Saya setuju dengan pandangan daripada pemain JDT dan Sarawak bahawa mutu pengadilan hari ini (semalam) begitu teruk.

“Perlawanan Liga Super antara JDT menentang Sarawak di Stadium Larkin menyaksikan mutu pengadilan masih lemah dan begitu ketara,” titah baginda dalam satu kenyataan malam tadi.

Oleh itu Tunku Ismail berharap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara itu kerana tanpa sistem pengadilan yang lebih baik, pembangunan bola sepak negara tidak akan ke mana.

Untuk makluman, perlawanan Liga Super 2015 malam tadi menyaksikan JDT menumpaskan Sarawak di gelanggan sendiri dengan jaringan 2-1. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli