Tuah Seorang Lelaki Jumpa Ketulan Emas 2.7kg
SYDNEY – Seorang pencari gali di Australia menemui ketulan emas seberat 2.7 kilogram ketika sedang mengimbas sebuah kawasan di Wedderburn, Victoria, menurut media, semalam.
Agensi berita The Age melaporkan, pada awalnya Mick Brown menyangka ia adalah gumpalan besar tembaga lebur ketika alat pengesan logamnya mengesan objek itu beberapa minggu lalu.
“Selepas menggali lebih dalam, permukaan objek jelas menunjukkan ia adalah emas. Saya ingin jual ia kepada pengumpul peribadi dan wang itu akan digunakan untuk membayar hutang serta belanja isteri dan anak-anak,” katanya.
Difahamkan, ketulan emas berkenaan dianggarkan bernilai AS$103,400 (RM 382,000). – DPA
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini