Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

UMNO Dan PAS Akan Bentuk Kerajaan Perpaduan Sabtu Ini - Lim Kit Siang

No Comment


KUALA LUMPUR: Penasiahat DAP, Lim Kit Siang hati ini telah mengeluarkan kenyataan yang agak mengejutkan apabila mengatakan  UMNO dan PAS akan membentuk kerajaan perpaduan lagi empat hari.

Menurut Lim, apa yang dicakapkannya ini mempunyai asas berikutan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) pada sidang DUN Kelantan pada Rabu akan menyokong pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (undang-undang hudud).

“MCA dan Gerakan juga berharap komplot itu berjaya supaya pakatan rakyat musnah. Ini adalah senario politik yang rakyat Malaysia akan hadapi dalam beberapa hari lagi,” dakwanya.


Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob hari ini dilaporkan berharap ADUN BN akan menyokong pindaan kepada Enakmen Kanun Jenayah Syariah II pada Rabu ini.

Ahmad Yakob menegaskan sokongan Adun BN amatlah penting untuk memastikan undang-undang Islam tersebut menjadi realiti untuk dilaksanakan di Kelantan.

Menurut Ahmad perlaksanan hudud tersebut perlu disegerakan kerana ia merupakan harapan seluruh rakyat Kelantan kerana ia dapat mengurangkan kadar jenayah bila terlaksananya hukum Islam tersebut. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli