Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

UMNO Kelantan sokong hudud kerana Allah - Alwi

One Comment


KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) UMNO Kelantan yang memberi sokongan kepada Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993) 2015 berkata melakukannya kerana Allah.

Adun Kok Lanas, Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata sokongan wakil rakyat UMNO terhadap pindaan yang mengandungi hukum hudud itu ikhlas dan bukannya kerana politik semata-mata.

"Saya sokong hudud ini kerana Allah. UMNO sokong juga kerana Allah, bukan kerana politik. Kita akan hadapi masalah yang sama. Mereka datang dari pelbagai kumpulan untuk halang apa yang kita buat," katanya ketika berucap menyokong pembentangan pindaan Enakmen tersebut di Dun Kelantan hari ini.

Ketua Penerangan UMNO Kelantan itu juga ada ketikanya kelihatan sebak ketika membaca potongan ayat Al-Quran untuk menyokong hujah-hujah beliau.

Beliau mengajak pemimpin PAS dan UMNO untuk bekerjasama bagi memastikan hasrat kerajaan Kelantan melaksanakan udang-undang tersebut berjaya.

"Saya bimbang kerajaan negeri terpaksa menghadapi banyak perkara. Maka, marilah kita bersama-sama bersahabat menghadapi rintangan ini," katanya lagi. - Astro Awani
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 1 ulasan )
  1. T.kasih kepada UMNO. Tapi aku tetap ada 1 soalan untuk UMNO. Jika UMNO boleh sokong pembentangan Hudud di Kelantan, tetapi kenapa UMNO tidak mahu bentangkan perlaksanaan Hudud di peringkat Persekutuan? Sebab tadi kata sokong di Kelantan itu kerana Allah. Di Putrajaya tidak ada Allah ker? Jangan marah saja nak tanya jer..

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli