Venezuela Tahan ‘Pengintip’ AS – Maduro
CARACAS – Presiden Venezuela, Nicolas Maduro, berkata kerajaannya menahan beberapa rakyat Amerika Syarikat, termasuk seorang juruterbang, yang terbabit dalam aktiviti pengintipan dan menegaskan warga AS akan diwajibkan memohon visa untuk ke negara itu.
Berucap pada satu perhimpunan, beliau berkata kerajaannya akan menegah beberapa pegawai AS daripada memasuki Venezuela sebagai tindak balas terhadap langkah sama oleh pentadbiran Presiden Barack Obama terhadap pegawai kerajaan Venezuela.
“Kami sudah menangkap beberapa warga AS yang menyamar dan terbabit dalam aktiviti pengintipan bagi mempengaruhi penduduk di bandar sepanjang pantai Venezuelan,” katanya sambil menambah juruterbang itu ditahan di bandar sempadan Tachira.
Seorang jurucakap Kedutaan AS di Caracas berkata beliau tidak dapat mengulas kerana kurangnya komunikasi diplomatik dengan kerajaan Venezuelan. – Reuters
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini