Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Video Laporan Rasmi: Co-Pilot Germanwings Sengaja Hempaskan Pesawat

No Comment


Laporan rasmi tentang kejadian pesawat Germanwings semalam memberi satu kejutan apabila di katakan pesawat tersebut sengaja dijunamkan sehingga melanggar pergunungan Alps.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Pengerusi Lufthansa Airlines, Carsten Spohr melalui sidang media semalam.

Menurutnya pembantu Juruterbang pesawat Germanwings, Andreas Lubitz,  dengan sengaja menjunamkan pesawat sehingga terhempas.

"Kami berjaya mendapatkan 10 minit terakhir transkrip pesawat itu. Dalam 20 minit pertama kedua-dua juruterbang dan pembantu juruterbang berbual secara normal antara satu sama lain."

"Kemudiannya, kami mendengar arahan meminta pembantu juruterbang untuk mengambil alih dan kami mendengar bunyi kerusi ditolak ke belakang dan pintu kokpit ditutup. Oleh itu, kami menganggap bahawa juruterbang telah pergi ke tandas."

Pembantu juruterbang pada ketika itu mengawal pesawat bersendirian dan telah menggunakan sistem pemantauan penerbangan dan dari situlah pesawat mula menjunam.


"Tindakan yang dilakukan oleh pembantu juruterbang itu hanya boleh dilakukan secara manual. Kami mendengar suara juruterbang meminta untuk mengakses kokpit melalui sistem interkom tetapi tidak ada jawapan daripada pembantu juruterbang tetapi tidak diendahkan oleh Andreas Lubitz."

"Menara kawalan kemudian meminta mereka untuk melakukan isyarat kecemasan tetapi sekali lagi tidak ada jawapan dari dalam kokpit pesawat tersebut untuk memberitahu keutamaan bagi pendaratan cemas.

"Pesawat lain cuba untuk menghubungi pesawat Airbus ini, namun juga tidak mendapat maklumbalas

"Terdapat sistem penggera yang telah hidup apabila pesawat mula menghampiri daratan dan kemudian kami mendengar bunyi pintu cuba dirempuh lagi dan akhirnya mereka hilang dari radar dan hubungn terputus dari menara kawalan."


Pendakwa Marseille,Brice Robin berkata, pembantu juruterbang, berusia 27 tahun berasal dari Jerman tersebut, Andreas Lubitz, nampaknya "mahu untuk memusnahkan pesawat."

Tidak diketahui sama ada Lubitz merancang tindakannya itu, kata Robin. Tetapi dia "mengambil kesempatan" semasa juruterbang meninggalkan kokpit dan "mengaktifkan junaman," yang hanya boleh dilakukan dengan sengaja.

Menara kawalan tidak menerima sebarang isyarat kecemasan walaupun banyak panggilan cuba dilakukan untuk menghubungi pesawat tersebut.

Pesawat tersebut telah menjunam dari ketinggian 12,000m ke 2,000m dalam masa lapan minit yang merupakan satu junaman yang memang menggamabrkan satu kejadian buruk bakal berlaku. - Siakapkeli.com.my



Co-Pilot Germanwings Sengaja Hempaskan Pesawat.. adakah itu pengganas? Kes MH370 barat menuduh kapten Zahari sebagai pengganas..sekrang kena setempek balik ke muka mereka..Co-pilot Andreas Lubitz seorang warga Jerman
Posted by Siakap Keli on Thursday, March 26, 2015
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli