Sebuah video telah dimuat naik ke laman Facebook yang memaparkan kehebatan seorang sami Buddha di Thailand yang duduk bertapa di dalam kawah yang berisi minyak dengan dibakar dengan api marak dibawahnya.
Kehebatakn Sami tersebut telah menjadi bualan ramai warga Thailand dimana kebanyakan memuji kehebatan Sami tersebut dan ada mengatakan itu hanyalah helah semata-mata.
Dari pemerhatian kita sendiri berdasarkan video dibawah, sudah boleh nampak ia hanyalah satu "trick" untuk menjayakan aksi hebat tersebut.
Aksi hebat ini telah cuba dirungkai oleh seorang pakar sains, Jessada Denduangboripant dari Universiti Chulalongkorn yang mengatakan aksi tersebut hanyalah tipu.
"Tiada sebarang bukti menunjukkan minyak itu dalam keadaan panas dan menggelegak. Satu sahaja cara nak tahu sama ada dia duduk dalam minyak yang betul-betul panas atau tidak adalah dengan menyukat suhu kepanasan minyak ketika itu."
“Minyak tidak kelihatan panas dan menggelegak serta kawah itu kelihatan pelik, mungkin terdapat satu lagi lapisan yang mampu menurunkan suhu kepanasan minyak,” katanya.
Berdasarkan logik akal pun tahu, minyak kalau panas tentu akan mengelegak, mungkin terdapat lapisan lain yang anti haba dibawah kawah tersebut. Penonton mungkin terlalu teruja sampai tak perasan benda-benda rumit macam yang diterangkan oleh pakar sains tersebut. - Siakapkeli.com.my