Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Akaun FB Palsu Boleh Burukkan Nama Hanez Suraya

No Comment

PETALING JAYA: Pelakon Hanez Suraya meminta pihak tidak bertanggungjawab menutup akaun laman sosial Facebook (FB) yang menggunakan namanya dengan tujuan tertentu.

Hanez atau nama sebenarnya Hanez Suraya Abdul Aziz, 30, berkata, perkara tersebut boleh mengeruhkan keadaan apabila pihak tersebut meninggalkan beberapa komen negatif yang boleh memberi persepsi buruk terhadap dirinya.

"Saya tidak pernah ada akaun facebook dan perkara ini saya sedar apabila diberitahu oleh adik saya. Sebenarnya saya tidak kisah jika peminat yang buat sebagai memberitahu dan berkongsi tentang aktiviti saya.

"Tetapi apabila saya lihat kandungannya, dia banyak meninggalkan komen di Facebook pengguna lain dengan kata-kata yang negatif," ujarnya kepada mStar Online.

Hanez berkata demikian ketika diminta mengulas tentang status Instagram yang dimuat naik pada Ahad bagi memberi peringatan kepada peminat-peminatnya agar tidak mempercayai laman sosial tersebut.


Hanez Suraya minta peminat tidak tertipu dengan akuan palsu.
Bagaimanapun, setakat ini dia belum merancang untuk mengambil apa-apa tindakan terhadap perkara tersebut.

"Saya masih memantau dan beri amaran sahaja di Instagram, kalau mereka masih meneruskan atau melakukan perkara yang lebih teruk saya akan ambil tindakan.

"Di Instagram saya tahu ramai yang buat akaun palsu menggunakan nama saya, tetapi kebanyakkannya tidak memudaratkan dan saya tidak ambil kisah. Cuma yang ini sahaja saya risau orang ramai akan fikir ia benar-benar akaun saya.

"Sudahlah nama saya baru sahaja nak diterima semula," ujarnya.

Sebelum ini, Hanez pernah mencetuskan kontroversi apabila dituduh menjadi perosak rumah tangga Romie bersama bekas isterinya Nurliyana Abd Manan sehingga dia mendapat kritikan hebat daripada peminat.

Sementara itu, bercerita tentang perkembangan kehidupannya sebagai isteri dan suri rumah tangga, Hanez berkata hampir sebulan berkahwin dia belum lagi dikurniakan rezeki cahaya mata.

Bagaimanapun, katanya, dia ada membuat pemeriksaan kesihatan dan meminta nasihat daripada doktor tentang perancangan untuk mendapat anak dalam masa terdekat.

"Buat masa ini belum ada lagi, baru sebulan berkahwin saya tidak bimbang lagi tetapi kalau boleh memang saya dan suami nak anak cepat.

"Saya ada berjumpa doktor baru-baru ini untuk minta nasihat dan pandangan, doktor beritahu saya tiada masalah untuk mengandung awal tetapi perlu jaga kesihatan, tidak boleh terlalu stres dan naikkan sedikit berat badan," ujarnya.

Kata Hanez, dia membuat pemeriksaan kesihatan tersebut bagi memastikan dia boleh mengambil ubat tahan haid sebelum menunaikan ibadah umrah minggu depan.

"Saya buat nak makan pil untuk lambatkan haid kerana ingi menunaikan umrah, tapi saya takut kalau-kalau saya 'berisi' jadi saya jumpa doktor terlebih dahulu," katanya.

Hanes melangsungkan perkahwinan dengan Romie Razin Adilha Abd Rais, 35, pada 14 Mac lalu dalam sebuah majlis yang diadakan di Masjid Putra, Putrajaya.  — mStar online
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli