Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bapa Gadis 'Dipukul' Pemandu Teksi Luah Perasaan.

No Comment


KUALA LUMPUR: Bapa Gadis yang dikatakan dipukul oleh seorang pemandu teksi yang menjadi viral dilaman sosial baru-baru ini telah tampil membuat kenyataan kepada media.

Syed Fareid Yahya, bapa kepada empat gadis berusia 20-an yang terbabit dalam pergaduhan dengan pemandu teksi tersebut meminta masyarakat luar suapa faham dengan situasi yang berlaku.

“Tak dapat nak digambarkan bagaimana perasaan saya sebagai seorang ayah apabila anak saya dipukul hingga cedera selain muka bercalar,” kata.

Beliau menyerahkan perkara ini kepada pihak berkuasa untuk membuat siasatan lanjut kerana yakin dengan kemampuan pihak polis untuk menjalankan siasatan dengan adil dan saksama berdasarkan bukti dan keterangan daripada saksi di tempat kejadian.

“Saya tidak mahu menuduh mana-mana pihak sama ada anak saya berada di pihak yang benar atau sebaliknya. Biar polis siasat terlebih dulu.

“Biarlah kalau pemandu teksi itu mahu menuduh tapi tak semestinya saya mahu menuding jari kepadanya. Perkara yang berlaku juga membabitkan kes jenayah dan setakat ini saya sekeluarga masih belum membuat perancangan untuk menarik balik kes mahu pun berdamai,” katanya yang hadir bersama peguam anaknya Sarah Mohd Ali.

Syed Fareid mendakwa dia turut menerima maki hamun dan ugutan orang ramai menerusi laman sosial termasuk bersikap kurang ajar dan bertindak tidak rasional.

“Ada antara mereka yang memuat naik status di laman sosial untuk tindakan memalukan saya dan keluarga. Apa pun saya redha dan menyerahkan segalanya kepada polis kemudian kita tahu kebenarannya.

“Semua mangsa kini trauma dan anak keduanya yang juga lemah semangat kerap menangis akibat insiden berkenaan,” katanya. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli