Cinta Penelope Bercerai Kali Kedua Dengan Suami
Jakarta: Penyanyi dangdut Cinta Penelope dikhabarkan akan bercerai dengan suami keduanya, Dony Hermawan.
Perkara itu dinyatakannya dalam akaun Instagramnya.
Cinta yang memuat naik gambar cincin menuliskan tekadnya untuk menamatkan perkahwinan itu.
Dalam tulusannya itu, dia seolah-olah mahu menyatakan bahawa wujud orang ketiga yang memporak-perandakan hubungan mereka.
Mengikut kata-kata dimuat naik Cinta, seolah-olah ada sakit hati yang mendalam selain meletakkan harapan suaminya tidak menyakiti orang lain dengan cara sama.
“Cukuplah sudah ku bertahan...Selamat tinggal suamiku...Semoga kamu bahagia dengan pilihan hidup mu.
“Maafkan aku atas kekuranganku dan bahagiakan dia, jangan sakiti dia seperti engkau menyakitiku,” katanya.
Cinta dilaporkan akan memfailkan cerai hari ini di Mahkamah Agama Jakarta Selatan.
Cinta atau nama sebenarnya Princess Cinta Penelope sebelum ini pernah berkahwin dengan Mustafa, anggota kumpulan muzik Debu.
Dia berkahwin dengan Dony pada 6 Jun 2014. - Agensi
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini