Dua anggota trafik cedera ketika iring konvoi Zahid Hamidi
Dua anggota polis trafik yang sedang mengiringi konvoi Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi cedera apabila motosikal ditunggang mereka bertembung sesama sendiri jam 9.45 pagi tadi.
Ramlan Arifin, 49, dan Zulkifli Mat Desa, 48, terbabit dalam kemalangan selepas motosikal ditunggangi dihimpit kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 134.4 Lebuhraya PLUS arah selatan berhampiran susur keluar Permatang Pauh.
Difahamkan, kenderaan awam itu berada di lorong kanan sebelum secara melulu mengubah haluan ke kiri dan menghimpit motosikal ditunggang anggota trafik berkenaan, lapor portal Berita Harian Online.
Kedua-dua mangsa bergesel sesama sendiri sebelum terbabas dan mengalami kecederaan di bahagian badan, muka dan kaki.
Kemalangan itu menyebabkan konvoi yang membawa Zahid berhenti, dan Zahid sendiri dilihat turut turun memberi bantuan.
Kedua-dua anggota berkenaan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) dan dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk rawatan.
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini